Kehadiran Anggun, seorang gadis kampung yang naif mendapat peluang menjalankan latihan praktikal di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur telah menarik minat Mukhriz, seorang bekas Mat Rempit yang telah bersara. Mukhriz berhasrat menjadikan Anggun sebagai chikaro barunya dan dengan teknik0teknik ‘usha’ Mat Rempitnya, dia ternyata tidak bertepuk sebelah tangan.
Tuah Anggun berubah apabila dia telah dipilih menggantikan hos rancangan gossip, Paparazzi. Perubahan Anggun yang yang menjadi seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan glamour menimbulkan rasa cemburu sepupunua, Nori yang turut bersaing dengan Anggun dalam segala hal peribadi, ketrampilandan kerjaya. Nori bertindak untuk menundukkan ‘lawannya’ dengan memecahkan rahsia Anggun kepada ibu Anggun.
Anggun tersepit di dalam dilema antara minat kerjaya dan permintaan ibunya yang melarang dia meneruskan latihan praktikal di situ. Hal ini turut menimbulkan keresahan di hati Mukhriz. Berjayakah Mukhriz dengan misi mendapatkan chikaro bagi menghiasi kapcainya?
0 comments:
Post a Comment